CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 24 Jun 2011

Kenangan bersama Rakan





Bila tengok picture ni teringat, kenangan-kenangan indah kami semua. Walaupun bukan 1 skim jawatan tapi kita 1 office. Antara kami empat (4) orang hanya Azhar masih bujang..agaknya bila la mamat ni nak kawin.Lame x berhubung semenjak azhar kena transfer tempat lain. Buat Ina tahniah baru dapat baby girls dan Yus 'Selamat Pengantin Baru'. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati oleh NYA -Amin-


Isnin, 20 Jun 2011

Selamat hari Bapa


Selamat hari bapa kepada suami ku tersayang Mohd Solihin Bin Mela..dan x lupa juga selamat hari bapa kepada Ayahanda ku Abd Manan Bin Yusuf dan Haji Mela. Jasa mu amat besar kepada kami terima kasih membesarkan kami dan menerima ku sebagai menantu walau banyak kekurangan pada diri ini. Kepada suami tersayang u are the best father terima kasih kerana sudi menjaga iman, mandikan iman,buat susu iman dan menyangginya.Selamat hari bapa kepada mereka yang bergelar bapa.










Kecian iman demam

****
****



kecian anak ummi demam..pening jugak menjaga anak kecik yang demam dengan ragam nye menguji kesabaran ummi & ayah..biasanya iman demam x lame dan x seteruk ini,tapi kali ni lain plk. Badan x yah cakapla panas bahang sangat (panas dalam). so apa yang aku buat basah badan nye dengan air supaya panas dalam keluar. Dah nak baik demam plk, kena campak keladi penuh muke bintik-bintik ruam. Asyik merenggek je,pening kepala x cukup tidor. Alhamdulillah selama 1 weeks aku tidur x lena akhirnya iman sembuh. Syukur alhamdulillah..



Jumaat, 17 Jun 2011

MY LOVING FAMILY




Gambar ini diambil pada tahun 2007, time tu tak de sape yang berkahwin lagi. Semua nampak cute miut (masih remaja). Bagi aku keluarga amat penting dalam hidup. Aku mempunyai keluarga yang besar..Alhamdulillah hidup kami bahagia, bohongla klu adik beradik x gaduh (gaduh manje). Ape yang aku harapkan..bukan aku tapi semua orang dalam dunia ini, mengharapkan kebahagian,kasih sayang yang berpanjangan dalam kehidupan kita. Adik-adik ku semoga menjadi anak yang solih&solihah. Ibu bapa kita tiada pengganti di dalam dunia ini begitu juga adik beradik jika mereka tiada lagi kita tidak akan mendapat yang sama seperti mereka.

****Sayangilah Ibu bapa dan keluarga kita****

Asal Kejadian Jin


ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata

** Klu kita lihat, masih ade lagi pengamal benda-benda khurafat ni...''Ya Allah bukalah pintu hamba-hamba mu ini, untuk sentiasa sujud kepada mu'' AMIN....


Khamis, 9 Jun 2011

APA ITU CINTA?



  • Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

  • Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

  • Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

  • Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.



UNTUK RENUNGAN



TIP UNTUK IBU & BAPA







Tip untuk ibu bapa


*Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.


*Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.*Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.


*Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.


*Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.