CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 9 Mei 2012

Demdam selepas gosok gigi

Bila bergelar seorang ibu ni, baru aku tahu betapa berat tanggung jawab seorang ibu/mama/ummi kepada anak-anak nya. Melihat anak teruna ku yang semakin membesar dan makin buas mengajar erti kesabaran aku nak je aku piat telinga nye. Makin buas...tak makan saman, pening kepala dibuatnya. Sekarang perangai nya susah nak gosak gigi.

Nak dijadikan cerita, Ayahnya setiap pagi akan memandikan dan menghantarnya ke rumah MAMA (Rumah Pengasuh). Time mandi memang suke tapi suruh gosok gigi mesti bergusti dengan Iman dulu. So ape lagi ayahnya pun dok bergusti dengannya untuk gosok gigi. Setelah selesai mandi nak tau ape dia buat nak balas demdam....anak ku iman ni pergi cari tempat yang tersorak, kat tepi almari baju, atau tempat-tempat yang boleh di muat kan badan, dia duduk dan kencing kat situ (Balas demdam). Yallah bertuah punye anak. Entah ikut perangai sape la.

Jika hari cuti Sabtu dan Ahad, dia tak berani buat perangai macamtu. Mungkin Umminya garang kot. Pagi-pagi ayah mandikan so ummi kena pakaikan baju, itupun satu rumah kena kejar nak pakai baju. Penat betul aku. Geram sangat kadang-kadang kena jugak cubitan semut...biasala kalau dah geram sangat. Memandangkan aku sedang berbadan dua ni, mungkin penyebab dia buat perangai nak dapat adik kan. What ever iman tetap anak ummi yang comei.

Jumaat, 4 Mei 2012

Oh Fail Meja

Semua kat office berkejar-kejar menyiapkan Fail Meja. Nasib baik lah Fail Meja unit kami dah siap cume kena make-up sikit je lagi. Itulah bila ada Audit nak datang baru sibuk nak buat, kalau tak buat tak tau je... kepada kengkawan yang belum siap Good Luck tau