CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 30 April 2012

Kenaikkan gaji bagi Kakitangan awam

Kerajaan telah umumkan kenaikkan gaji 13% bagi gred 1 sehingga 54 dan kenaikkan gaji tahunan bagi bulan Januari 2012. Peh penat jugak la aku kali ini, kena semak gaji setiap pekerja pening kepala dibuatnya. Terutama gaji bagi bos-bos besar ni, bila gaji naik pasti PCB [Cukai Pendapatan Bulanan] pun naik. Ini yang menjadi masalah, bila cukai naik tinggi bising yelah, ada segelintir hanya fikir gaji naik tapi tak berfikir cukai pun akan naik. Lepas dapat gaji tak abis-abis panggilan telefon peh tension. Untuk gaji bulan Mac 2012 ini tersalah bagi COLA hehehhe...bagi aku biasala kita manusia ade buat silapnya. Harap sesiapa yang dapat Pelarasan COLA sila ambil maklum bayaran tersebut akan dipotong pada Gaji Mei 2012 ok.

Emmm...ramai yang tengok aku cool je bila jawatan aku masih tidak disahkan lagi. Lagi meyedihkan gaji aku tak naik. Aku telah call orang yang sepatutnya insyallah klu rezeki aku, bulan Mei ada mesyuarat Jawatan Kuasa melantik, insyallah aku akan di sahkan. Tapi apa yang aku harapkan janganla dikenakan denda pada aku. Kalau tanpa denda gaji aku akan dinaikkan seperti biasa. Insyallah. Harap dapat pelarasan gaji yang tak dibayar untuk gaji bulan Mac 2012.-Amin-

Hakikatnya, hanya ALLAH YANG TAHU perasaan hati ku ini. Aku berserah padanya. Apa yang aku tahu rezeki di tangan Allah bukan manusia. Yang penting aku cari rezeki yang halal dan segala yang di pertanggungjawabkan dan diamanahkan padaku dapat aku selesaikan dengan baik. Biarlah orang nak buat ape saja padaku, manabur pasir di periuk nasi ku, tapi aku yakin akan kekuasaan Allah itu. Kita sebagai manusia yakin dengan KuasaNYA. Sesunggunya dia tidak akan sesekali membebankan hambanya. Kepada kawan-kawan ku yang bertanya dan hairan melihatku begitu tenang, aku ucapkan terima kasih atas sokongan kalian kerana sama-sama merasai keperitan yang aku lalui. Aku yakin dengan rezeki Allah yang diberi pada ku. Syukur Alhamdulillah.
 

0 comments:

Catat Ulasan