CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 19 Ogos 2011

Hidup bekerja

Hidup bekerja makan gaji terlalu banyak dugaan, jika pandai kipas pasti dipandang baik walaupun kerja tak bagus. Bagi orang yang kerja bersungguh-sungguh tapi tak pandai kipas bos pasti dirinya akan tersingkir. Kisah ini berlaku di suatu syarikat yang mana mempunyai 'Pegawia' yang suka mengampu sedangkan pegawai tersebut tidak tahu untuk membuat kerja. Apa yang dia tahu mengarah saja, sehingga dia menggunakan kuasanya untuk manabur pasir diperiuk nasi orang bawahan nya. Hal ini berlaku yang mana, anak buahnya selalu malawan cakapnya di sebabkan hal-hal yang berkaitan kerja, disebabkan Pegawai berkenaan tidak dapat menerima pendapat dari orang bawahannya berlaku la isu mengadu. Yang mana sifat Pegawai tersebut yang suka membuat onar, telah mengadu kepada Pengarah syarikat mengenai anak buahnya yang tidak mendengar cakap.

Pada suatu hari anak buahnya telah dipanggil oleh Pengarah tersebut, dan kemudian kerani tersebut pun bercerita perkara yang sebenar. Tetapi apa yang berlaku? tiada apa tindakan yang diambil, hanya Pengarah mengatakan 'awak cakapla baik2 pujuk2'... emmm.... kerana Pengarah itu sendiri mengetahui sikap sebenar Pegawai Tersebut.

Pada akhir tahun untuk penelaian prestasi, berlaku penindasan, Pegawai tersebut telah memberi penilaian yang teruk kepada kerani tersebut sehingga menyebabkan kerani itu tidak dapat disahkan di dalam jawatan. Apa yang boleh dilakukan oleh kerani itu hanya berdoa

'' YA Allah andai ini dugaan yang kau berikan kepada ku Aku Redha Ya Allah, aku tahu kau lebih mengetahui dari ku, hanya padamu aku serahkan segalanya, jika aku di khianati oleh orang itu padamu jua aku berserah kau maha berkuasa untuk menghukum seseorang itu. Kuatlah semangatku untuk menghadapi dugaan mu Ya Allah'' A-MIN

Ingatlah rakan-rakan jika kita menghadapi kesukaran di dunia serahkan lah ia kepada NYA kerna Dia lebih berkuasa, pasti balasan yang setimpal akan sampai jua kepada orang yang suka menindas orang lain.



0 comments:

Catat Ulasan