CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, 19 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak


Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan semua umat islam tidak kira warna kulit akan menunaikan ibadah puasa. Di bulan yang mulia ini lagi penuh berkat mari kita sama-sama mencari ruang keredhaan Allah Ta'la, agar dosa-dosa yang yang lalu diampunkan oleh NYA. Bila tiba bulan puasa teringat zaman kecik-kecik dulu, punya lah liat bangun sahur, tapi mak tetap sabar mengejut aku dan adik-adik bangun. Tapi sekarang, dah ada keluarga sendiri, giliran aku pulak mengejutkan suami. Emmmm...alhamdulillah suami orang yang bangun sahur.

Sekarang dah puasa yang k-19 cepat masa berlalu tak terasa macam dah sebulan berpuase. Time ni semua orang sebuk cari baju raya. Almaklumlah raya nak dekat. Alhamdulillah aku dah beli baju raya tema purple. Tahun ni aku beraya bertiga besama anak teruna, tak sabar nak tunggu raya, walaupun semangat raya semakin pudar. Entahla...kenapa macam tu, mungkin faktor usia penyebab utama kot...tapi aku muda lagi ok.

Apa pun yang terjadi di dalam bulan puasa ini, kita banyakkan berdoa kepada Allah mudahan segala permintaan kita Dia perkenankan -AMIN- Selamt berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi.


0 comments:

Catat Ulasan