CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 5 Disember 2011

Azam tahun baru

Pejam celik nampaknya, telah hampir hujung tahun. Tak sangka cepat masa berlalu. dalam tahun 2011 ni terlalu banyak perkara pahit yang terukir didalam hati. Mungkin setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Apa yang aku harapkan tahun baru ni aku nak cuba mamperbaiki diri sendiri lebih maju dan maju.

Insyallah kalau ada rezeki ingat nak sambung belajar, dari dulu nak sambung tapi masih belum ada kekuatan. Harapan apa yang diimpikan terlaksana. Begitu juga dengan anda semua diharap dapat memperbaiki diri dengan lebih baik untuk azam tahun baru ini.


Rabu, 5 Oktober 2011

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya kepada semua umat islam. Setelah 28 hari kita berpuasa akhirnya kita telah merdeka, dan selmat Hari Merdeka juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Macam biasa setiap tahun aku akan beraya di Kampung ku iaitu Sabak Bernam Kampung Bt 38. Tahun ni raya, kami semua adik beradik berkumpul meraikan bersama-sama kegembiraan menyambut hari raya.

Buat Suami tercinta selamat hari raya maaf zahir & batin dan kepada semua ahli keluarga dan sahabat andai.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Hidup bekerja

Hidup bekerja makan gaji terlalu banyak dugaan, jika pandai kipas pasti dipandang baik walaupun kerja tak bagus. Bagi orang yang kerja bersungguh-sungguh tapi tak pandai kipas bos pasti dirinya akan tersingkir. Kisah ini berlaku di suatu syarikat yang mana mempunyai 'Pegawia' yang suka mengampu sedangkan pegawai tersebut tidak tahu untuk membuat kerja. Apa yang dia tahu mengarah saja, sehingga dia menggunakan kuasanya untuk manabur pasir diperiuk nasi orang bawahan nya. Hal ini berlaku yang mana, anak buahnya selalu malawan cakapnya di sebabkan hal-hal yang berkaitan kerja, disebabkan Pegawai berkenaan tidak dapat menerima pendapat dari orang bawahannya berlaku la isu mengadu. Yang mana sifat Pegawai tersebut yang suka membuat onar, telah mengadu kepada Pengarah syarikat mengenai anak buahnya yang tidak mendengar cakap.

Pada suatu hari anak buahnya telah dipanggil oleh Pengarah tersebut, dan kemudian kerani tersebut pun bercerita perkara yang sebenar. Tetapi apa yang berlaku? tiada apa tindakan yang diambil, hanya Pengarah mengatakan 'awak cakapla baik2 pujuk2'... emmm.... kerana Pengarah itu sendiri mengetahui sikap sebenar Pegawai Tersebut.

Pada akhir tahun untuk penelaian prestasi, berlaku penindasan, Pegawai tersebut telah memberi penilaian yang teruk kepada kerani tersebut sehingga menyebabkan kerani itu tidak dapat disahkan di dalam jawatan. Apa yang boleh dilakukan oleh kerani itu hanya berdoa

'' YA Allah andai ini dugaan yang kau berikan kepada ku Aku Redha Ya Allah, aku tahu kau lebih mengetahui dari ku, hanya padamu aku serahkan segalanya, jika aku di khianati oleh orang itu padamu jua aku berserah kau maha berkuasa untuk menghukum seseorang itu. Kuatlah semangatku untuk menghadapi dugaan mu Ya Allah'' A-MIN

Ingatlah rakan-rakan jika kita menghadapi kesukaran di dunia serahkan lah ia kepada NYA kerna Dia lebih berkuasa, pasti balasan yang setimpal akan sampai jua kepada orang yang suka menindas orang lain.



Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak


Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan semua umat islam tidak kira warna kulit akan menunaikan ibadah puasa. Di bulan yang mulia ini lagi penuh berkat mari kita sama-sama mencari ruang keredhaan Allah Ta'la, agar dosa-dosa yang yang lalu diampunkan oleh NYA. Bila tiba bulan puasa teringat zaman kecik-kecik dulu, punya lah liat bangun sahur, tapi mak tetap sabar mengejut aku dan adik-adik bangun. Tapi sekarang, dah ada keluarga sendiri, giliran aku pulak mengejutkan suami. Emmmm...alhamdulillah suami orang yang bangun sahur.

Sekarang dah puasa yang k-19 cepat masa berlalu tak terasa macam dah sebulan berpuase. Time ni semua orang sebuk cari baju raya. Almaklumlah raya nak dekat. Alhamdulillah aku dah beli baju raya tema purple. Tahun ni aku beraya bertiga besama anak teruna, tak sabar nak tunggu raya, walaupun semangat raya semakin pudar. Entahla...kenapa macam tu, mungkin faktor usia penyebab utama kot...tapi aku muda lagi ok.

Apa pun yang terjadi di dalam bulan puasa ini, kita banyakkan berdoa kepada Allah mudahan segala permintaan kita Dia perkenankan -AMIN- Selamt berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi.


Jumaat, 24 Jun 2011

Kenangan bersama Rakan





Bila tengok picture ni teringat, kenangan-kenangan indah kami semua. Walaupun bukan 1 skim jawatan tapi kita 1 office. Antara kami empat (4) orang hanya Azhar masih bujang..agaknya bila la mamat ni nak kawin.Lame x berhubung semenjak azhar kena transfer tempat lain. Buat Ina tahniah baru dapat baby girls dan Yus 'Selamat Pengantin Baru'. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati oleh NYA -Amin-


Isnin, 20 Jun 2011

Selamat hari Bapa


Selamat hari bapa kepada suami ku tersayang Mohd Solihin Bin Mela..dan x lupa juga selamat hari bapa kepada Ayahanda ku Abd Manan Bin Yusuf dan Haji Mela. Jasa mu amat besar kepada kami terima kasih membesarkan kami dan menerima ku sebagai menantu walau banyak kekurangan pada diri ini. Kepada suami tersayang u are the best father terima kasih kerana sudi menjaga iman, mandikan iman,buat susu iman dan menyangginya.Selamat hari bapa kepada mereka yang bergelar bapa.










Kecian iman demam

****
****



kecian anak ummi demam..pening jugak menjaga anak kecik yang demam dengan ragam nye menguji kesabaran ummi & ayah..biasanya iman demam x lame dan x seteruk ini,tapi kali ni lain plk. Badan x yah cakapla panas bahang sangat (panas dalam). so apa yang aku buat basah badan nye dengan air supaya panas dalam keluar. Dah nak baik demam plk, kena campak keladi penuh muke bintik-bintik ruam. Asyik merenggek je,pening kepala x cukup tidor. Alhamdulillah selama 1 weeks aku tidur x lena akhirnya iman sembuh. Syukur alhamdulillah..