CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 9 Mei 2012

Demdam selepas gosok gigi

Bila bergelar seorang ibu ni, baru aku tahu betapa berat tanggung jawab seorang ibu/mama/ummi kepada anak-anak nya. Melihat anak teruna ku yang semakin membesar dan makin buas mengajar erti kesabaran aku nak je aku piat telinga nye. Makin buas...tak makan saman, pening kepala dibuatnya. Sekarang perangai nya susah nak gosak gigi.

Nak dijadikan cerita, Ayahnya setiap pagi akan memandikan dan menghantarnya ke rumah MAMA (Rumah Pengasuh). Time mandi memang suke tapi suruh gosok gigi mesti bergusti dengan Iman dulu. So ape lagi ayahnya pun dok bergusti dengannya untuk gosok gigi. Setelah selesai mandi nak tau ape dia buat nak balas demdam....anak ku iman ni pergi cari tempat yang tersorak, kat tepi almari baju, atau tempat-tempat yang boleh di muat kan badan, dia duduk dan kencing kat situ (Balas demdam). Yallah bertuah punye anak. Entah ikut perangai sape la.

Jika hari cuti Sabtu dan Ahad, dia tak berani buat perangai macamtu. Mungkin Umminya garang kot. Pagi-pagi ayah mandikan so ummi kena pakaikan baju, itupun satu rumah kena kejar nak pakai baju. Penat betul aku. Geram sangat kadang-kadang kena jugak cubitan semut...biasala kalau dah geram sangat. Memandangkan aku sedang berbadan dua ni, mungkin penyebab dia buat perangai nak dapat adik kan. What ever iman tetap anak ummi yang comei.

Jumaat, 4 Mei 2012

Oh Fail Meja

Semua kat office berkejar-kejar menyiapkan Fail Meja. Nasib baik lah Fail Meja unit kami dah siap cume kena make-up sikit je lagi. Itulah bila ada Audit nak datang baru sibuk nak buat, kalau tak buat tak tau je... kepada kengkawan yang belum siap Good Luck tau



Isnin, 30 April 2012

Kenaikkan gaji bagi Kakitangan awam

Kerajaan telah umumkan kenaikkan gaji 13% bagi gred 1 sehingga 54 dan kenaikkan gaji tahunan bagi bulan Januari 2012. Peh penat jugak la aku kali ini, kena semak gaji setiap pekerja pening kepala dibuatnya. Terutama gaji bagi bos-bos besar ni, bila gaji naik pasti PCB [Cukai Pendapatan Bulanan] pun naik. Ini yang menjadi masalah, bila cukai naik tinggi bising yelah, ada segelintir hanya fikir gaji naik tapi tak berfikir cukai pun akan naik. Lepas dapat gaji tak abis-abis panggilan telefon peh tension. Untuk gaji bulan Mac 2012 ini tersalah bagi COLA hehehhe...bagi aku biasala kita manusia ade buat silapnya. Harap sesiapa yang dapat Pelarasan COLA sila ambil maklum bayaran tersebut akan dipotong pada Gaji Mei 2012 ok.

Emmm...ramai yang tengok aku cool je bila jawatan aku masih tidak disahkan lagi. Lagi meyedihkan gaji aku tak naik. Aku telah call orang yang sepatutnya insyallah klu rezeki aku, bulan Mei ada mesyuarat Jawatan Kuasa melantik, insyallah aku akan di sahkan. Tapi apa yang aku harapkan janganla dikenakan denda pada aku. Kalau tanpa denda gaji aku akan dinaikkan seperti biasa. Insyallah. Harap dapat pelarasan gaji yang tak dibayar untuk gaji bulan Mac 2012.-Amin-

Hakikatnya, hanya ALLAH YANG TAHU perasaan hati ku ini. Aku berserah padanya. Apa yang aku tahu rezeki di tangan Allah bukan manusia. Yang penting aku cari rezeki yang halal dan segala yang di pertanggungjawabkan dan diamanahkan padaku dapat aku selesaikan dengan baik. Biarlah orang nak buat ape saja padaku, manabur pasir di periuk nasi ku, tapi aku yakin akan kekuasaan Allah itu. Kita sebagai manusia yakin dengan KuasaNYA. Sesunggunya dia tidak akan sesekali membebankan hambanya. Kepada kawan-kawan ku yang bertanya dan hairan melihatku begitu tenang, aku ucapkan terima kasih atas sokongan kalian kerana sama-sama merasai keperitan yang aku lalui. Aku yakin dengan rezeki Allah yang diberi pada ku. Syukur Alhamdulillah.
 

Sekian lama tak berjumpa

 Sekian lame aku tidak membuka dan menulis di dalam ruangan blog ini, ini mungkin di sebabkan masa dan internet yang selalu kena block di tempat ku. Almaklumlah labtop dah tidak ada so klu ade mase guna kat opis la..{bukan curi tulang tau} banyak gambar sepatutnya aku nak upload tapi buat masa sekarang ni amat lah penat dan busy. Mungkin pembawa budak aku cepat letih. Alhamdulillah mengandung kali ini tidak banyak ragam. cuma muntah-muntah perkara biasa. dah masuk 6bulan ini, alahan makin berkurang.

Aku nak ucapkan tahniah kepada haswani selamat bersalin baby girls, maafla akak tak dapat nak jenguk insyallah klu dah balik terngganu meh bawak baby kat opis ok.
 

Isnin, 5 Disember 2011

Azam tahun baru

Pejam celik nampaknya, telah hampir hujung tahun. Tak sangka cepat masa berlalu. dalam tahun 2011 ni terlalu banyak perkara pahit yang terukir didalam hati. Mungkin setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Apa yang aku harapkan tahun baru ni aku nak cuba mamperbaiki diri sendiri lebih maju dan maju.

Insyallah kalau ada rezeki ingat nak sambung belajar, dari dulu nak sambung tapi masih belum ada kekuatan. Harapan apa yang diimpikan terlaksana. Begitu juga dengan anda semua diharap dapat memperbaiki diri dengan lebih baik untuk azam tahun baru ini.


Rabu, 5 Oktober 2011

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya kepada semua umat islam. Setelah 28 hari kita berpuasa akhirnya kita telah merdeka, dan selmat Hari Merdeka juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Macam biasa setiap tahun aku akan beraya di Kampung ku iaitu Sabak Bernam Kampung Bt 38. Tahun ni raya, kami semua adik beradik berkumpul meraikan bersama-sama kegembiraan menyambut hari raya.

Buat Suami tercinta selamat hari raya maaf zahir & batin dan kepada semua ahli keluarga dan sahabat andai.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Hidup bekerja

Hidup bekerja makan gaji terlalu banyak dugaan, jika pandai kipas pasti dipandang baik walaupun kerja tak bagus. Bagi orang yang kerja bersungguh-sungguh tapi tak pandai kipas bos pasti dirinya akan tersingkir. Kisah ini berlaku di suatu syarikat yang mana mempunyai 'Pegawia' yang suka mengampu sedangkan pegawai tersebut tidak tahu untuk membuat kerja. Apa yang dia tahu mengarah saja, sehingga dia menggunakan kuasanya untuk manabur pasir diperiuk nasi orang bawahan nya. Hal ini berlaku yang mana, anak buahnya selalu malawan cakapnya di sebabkan hal-hal yang berkaitan kerja, disebabkan Pegawai berkenaan tidak dapat menerima pendapat dari orang bawahannya berlaku la isu mengadu. Yang mana sifat Pegawai tersebut yang suka membuat onar, telah mengadu kepada Pengarah syarikat mengenai anak buahnya yang tidak mendengar cakap.

Pada suatu hari anak buahnya telah dipanggil oleh Pengarah tersebut, dan kemudian kerani tersebut pun bercerita perkara yang sebenar. Tetapi apa yang berlaku? tiada apa tindakan yang diambil, hanya Pengarah mengatakan 'awak cakapla baik2 pujuk2'... emmm.... kerana Pengarah itu sendiri mengetahui sikap sebenar Pegawai Tersebut.

Pada akhir tahun untuk penelaian prestasi, berlaku penindasan, Pegawai tersebut telah memberi penilaian yang teruk kepada kerani tersebut sehingga menyebabkan kerani itu tidak dapat disahkan di dalam jawatan. Apa yang boleh dilakukan oleh kerani itu hanya berdoa

'' YA Allah andai ini dugaan yang kau berikan kepada ku Aku Redha Ya Allah, aku tahu kau lebih mengetahui dari ku, hanya padamu aku serahkan segalanya, jika aku di khianati oleh orang itu padamu jua aku berserah kau maha berkuasa untuk menghukum seseorang itu. Kuatlah semangatku untuk menghadapi dugaan mu Ya Allah'' A-MIN

Ingatlah rakan-rakan jika kita menghadapi kesukaran di dunia serahkan lah ia kepada NYA kerna Dia lebih berkuasa, pasti balasan yang setimpal akan sampai jua kepada orang yang suka menindas orang lain.



Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak


Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan semua umat islam tidak kira warna kulit akan menunaikan ibadah puasa. Di bulan yang mulia ini lagi penuh berkat mari kita sama-sama mencari ruang keredhaan Allah Ta'la, agar dosa-dosa yang yang lalu diampunkan oleh NYA. Bila tiba bulan puasa teringat zaman kecik-kecik dulu, punya lah liat bangun sahur, tapi mak tetap sabar mengejut aku dan adik-adik bangun. Tapi sekarang, dah ada keluarga sendiri, giliran aku pulak mengejutkan suami. Emmmm...alhamdulillah suami orang yang bangun sahur.

Sekarang dah puasa yang k-19 cepat masa berlalu tak terasa macam dah sebulan berpuase. Time ni semua orang sebuk cari baju raya. Almaklumlah raya nak dekat. Alhamdulillah aku dah beli baju raya tema purple. Tahun ni aku beraya bertiga besama anak teruna, tak sabar nak tunggu raya, walaupun semangat raya semakin pudar. Entahla...kenapa macam tu, mungkin faktor usia penyebab utama kot...tapi aku muda lagi ok.

Apa pun yang terjadi di dalam bulan puasa ini, kita banyakkan berdoa kepada Allah mudahan segala permintaan kita Dia perkenankan -AMIN- Selamt berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi.


Jumaat, 24 Jun 2011

Kenangan bersama Rakan





Bila tengok picture ni teringat, kenangan-kenangan indah kami semua. Walaupun bukan 1 skim jawatan tapi kita 1 office. Antara kami empat (4) orang hanya Azhar masih bujang..agaknya bila la mamat ni nak kawin.Lame x berhubung semenjak azhar kena transfer tempat lain. Buat Ina tahniah baru dapat baby girls dan Yus 'Selamat Pengantin Baru'. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati oleh NYA -Amin-


Isnin, 20 Jun 2011

Selamat hari Bapa


Selamat hari bapa kepada suami ku tersayang Mohd Solihin Bin Mela..dan x lupa juga selamat hari bapa kepada Ayahanda ku Abd Manan Bin Yusuf dan Haji Mela. Jasa mu amat besar kepada kami terima kasih membesarkan kami dan menerima ku sebagai menantu walau banyak kekurangan pada diri ini. Kepada suami tersayang u are the best father terima kasih kerana sudi menjaga iman, mandikan iman,buat susu iman dan menyangginya.Selamat hari bapa kepada mereka yang bergelar bapa.










Kecian iman demam

****
****



kecian anak ummi demam..pening jugak menjaga anak kecik yang demam dengan ragam nye menguji kesabaran ummi & ayah..biasanya iman demam x lame dan x seteruk ini,tapi kali ni lain plk. Badan x yah cakapla panas bahang sangat (panas dalam). so apa yang aku buat basah badan nye dengan air supaya panas dalam keluar. Dah nak baik demam plk, kena campak keladi penuh muke bintik-bintik ruam. Asyik merenggek je,pening kepala x cukup tidor. Alhamdulillah selama 1 weeks aku tidur x lena akhirnya iman sembuh. Syukur alhamdulillah..



Jumaat, 17 Jun 2011

MY LOVING FAMILY




Gambar ini diambil pada tahun 2007, time tu tak de sape yang berkahwin lagi. Semua nampak cute miut (masih remaja). Bagi aku keluarga amat penting dalam hidup. Aku mempunyai keluarga yang besar..Alhamdulillah hidup kami bahagia, bohongla klu adik beradik x gaduh (gaduh manje). Ape yang aku harapkan..bukan aku tapi semua orang dalam dunia ini, mengharapkan kebahagian,kasih sayang yang berpanjangan dalam kehidupan kita. Adik-adik ku semoga menjadi anak yang solih&solihah. Ibu bapa kita tiada pengganti di dalam dunia ini begitu juga adik beradik jika mereka tiada lagi kita tidak akan mendapat yang sama seperti mereka.

****Sayangilah Ibu bapa dan keluarga kita****

Asal Kejadian Jin


ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata

** Klu kita lihat, masih ade lagi pengamal benda-benda khurafat ni...''Ya Allah bukalah pintu hamba-hamba mu ini, untuk sentiasa sujud kepada mu'' AMIN....


Khamis, 9 Jun 2011

APA ITU CINTA?



  • Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

  • Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

  • Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

  • Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.



UNTUK RENUNGAN



TIP UNTUK IBU & BAPA







Tip untuk ibu bapa


*Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.


*Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.*Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.


*Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.


*Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


Isnin, 11 April 2011

DEMAN CAMPAK

Iman demam campak...mak cakap campak keladi kecian anak ummi. Habis satu badan bintik merah,miang plk tu...tahan ok anak ummi tak lama lagi baik insyallah. Tiap-tiap hari bagi minum air kelapa rumah Makcik Nor pun bagi bekalan air kelapa. Baru aku tahu perasan seorang ibu apabila anak jatuh sakit..serba tak kena dibuatnya. Alhamdulliah Iman tidak merenggek-renggek, klu tidak penat jgk dibuat nya..


Jumaat, 8 April 2011

Semangatnye Iman....

Bila cakap Iman baru 3bln ramai yang tak percaya, tengok pada semangat badanya ramai orang akan kate 'woi...semangat nye dia' ape tak nye 3bln dah 7.3kg. Aku syukur pada NYA kerana anak ku sihat-Alhamdulillah- Ini berkat susu ibu.


** Rasenya ikut muke sape? ade rupa Ayahnye x ?
** Anak ummi yang comei..
Melihat Iman makin membesar di depan mataku, macam x caye aku ade anak lelaki. Semakin hari semakin cepat berlalu, Iman dah makin membesar (bukan besar badan tau) meningkat umor..lepas ini semakin berat tanggungjawab aku sebagai Isteri & ibu untuk di pikul. Ape pun aku syukur dengan kurniaan Allah T'aala. Thank you Allah.

Khamis, 7 April 2011

Pejam celik, aku rasa baru je aku bersalin. Masa berlalu terlalu pantas sehingga tidak terkejar lagi. Aku masih tidak mempercayai yang kini aku bergelar seorang Ibu & Isteri kepada Mohd Solihin dan Danny Nur Iman. Itu lah lumrah dunia yang muda tak kan muda selamanye. Yang Hidup tidak akan hidup selamanya.



Masa ini, anak aku baru seminggu (dalam pantang lagi). Saat pantang amat best :) nak tau sebab ape...rasai dulu baru tau antaranya :

1. Orang pantang x perlu buat kj so jadik Queen laa..

2. Makan minum semua disediakan, walaupun tak best tapi kena makan jgk untuk kebaikkan diri kita.

3. Kena sentiasa bertungku 44hari untuk mengeluarkan darah beku selepas bersalin.Mengelak penyakit kanser rahim.(Insyaallah)

4. Bertangas


Cerita pasal Bertangas. berpeluh-peluh dok bawah asap sabut kelapa. Stail orang dulu-dulu satu badan bau asap. Haaaahahaa. Ape pun thank you pada adik-adik ku yang sentiasa menolong Alang terutama Mak jasa mu amat besar tanpa galang gantinya....


,

Rabu, 16 Mac 2011

Danny Nur Iman Bin Mohd Solihin

Syukur Alhamdulillah pada 20 Dis 2010-11.25p.m aku selamat melahirkan baby boy yang ku beri nama " Danny Nur Iman".sesungguhnya aku bersyukur pada mu YA ALLAH dengan zuriat yang Kau kurniakan pada ku. Tak sangka aku kini bergelar ummi. Peritnya bersalin menginsafkan aku dan aku mula terfikir bagaimana mak bersalinkan aku dan adik-adik ku. Dan kini baru aku faham peritnya hati seorang yang bergelar ibu jika anak melawan kata-katanya....


"Ya Allah permudahkan aku mendidik anak ku menjadi orang yang berguna. Ya ALLAH aku bermohon pada mu, lembutkan lah hati anak ku, jadikkanlah dia orang yang beriman, sihat akal fikiran, hormat kepada ibu bapa dan menjadi anak yang soleh" -AMIN-